TATACARA KEHADIRAN

TATACARA PELAJAR

PERGI DAN BALIK DENGAN BERJALAN KAKI


1.          GUNAKAN KAKI LIMA JALAN SEBELAH KANAN SEMASA BERJALAN, JIKA TIADA GUNA BAHU JALAN SEBELAH KANAN.

2.          JANGAN BERJALAN BERGANDINGAN, JIKA BERJALAN DI TEMPAT SUNYI PELAJAR HENDAKLAH BERJALAN DALAM KUMPULAN LEBIH DARIPADA DUA ORANG.  PELAJAR PERLU MEMPUNYAI KEMAHIRAN ASAS SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.

3.          SEKIRANYA BERLAKU KECEMASAN, MENJERIT MEMINTA TOLONG DAN CUBA LARI MENYELAMATKAN DIRI.

4.          LAPORKAN KEJADIAN ITU KEPADA GURU UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA.

5.   APABILA HENDAK MELINTAS JALAN, CARI TEMPAT YANG SELAMAT ATAU YANG TELAH DISEDIAKAN,  LIHAT KANAN, KIRI DAN KANAN SEMULA DAN MULA MELINTAS APABILA PASTI TIADA KENDERAAN.

6.  JANGAN MELINTAS DI CELAH-CELAH KENDERAAN.

7.          APABILA BERJALAN PADA WAKTU HUJAN, PAKAI BAJU HUJAN ATAU PAYUNG DAN PEGANG DENGAN BETUL SUPAYA TIDAK MENGHALANG PANDANGAN SEMASA BERJALAN.

8.          BERJALAN DENGAN CERMAT TERUTAMA DI TEMPAT LICIN SEMASA HUJAN DAN JIKA HUJAN TERLALU LEBAT JANGAN BERTEDUH DI BAWAH POKOK, JANGAN BERMAIN DALAM HUJAN DAN BERTEDUH DI TEMPAT YANG SELAMAT SEPERTI PONDOK MENUNGGU BAS ATAU LAIN-LAIN BANGUNAN YANG DI FIKIRKAN SELAMAT.

9.          JANGAN MENGGUNAKAN PAYUNG JIKA HUJAN LEBAT DAN ANGIN KENCANG.

10.     APABILA SAMPAI DI SEKOLAH, IKUT LALUAN PEJALAN KAKI YANG TELAH DISEDIAKAN KE KELAS MASING-MASING ATAU TAPAK PERHIMPUNAN.











TATACARA PELAJAR

PERGI DAN BALIK DENGAN MENUNGGANG BASIKAL


1.     MEMASTIKAN BASIKAL DALAM KEADAAN SEMPURNA.

2.     BASIKAL MEMPUNYAI ALAT PEMBALIK CAHAYA DI BAHAGIAN BELAKANG.

3.     MEMAKAI PAKAIAN YANG BOLEH MEMANTULKAN CAHAYA KETIKA MENUNGGANG BASIKAL

4.     MEMATUHI PERATURAN JALANRAYA.

5.     JANGAN MEMBAWA PEMBONCENG, BERLUMBA BERGANDING/BERSAINGAN, BERGURAU SENDA, MENGAYUH TERLALU LAJU SEMASA MENUNGGANG BASIKAL.

6.     BERHENTI DI PETAK KUNING DI HADAPAN PINTU PAGAR, SORONG BASIKAL MELALUI LALUAN YANG TELAH DITETAPKAN.

7.     SUSUN BASIKAL DALAM KEADAAN YANG TERSUSUN DI RUANG YANG TELAH DISEDIAKAN.

8.     BERJALAN MELALUI LALUAN YANG TELAH DITETAPKAN KE KELAS MASING-MASING.




TATCARA PERGI DAN BALIK SEKOLAH

TATACARA PELAJAR PELAJAR DAN BALIK MENGGUNAKAN KENDERAAN AWAM (BAS DAN VAN)


1.     KENAL PASTI KENDERAAN YANG BIASA DINAIKI SAMA ADA NOMBOR PLAT, PEMANDU, NAMA BAS DAN SEBAGAINYA.

2.     MEMASTIKAN KENDERAAN BETUL-BETUL BERHENTI SEMASA TURUN DAN NAIK KENDERAAN.

3.     BERBARIS DAN TIDAK BEREBUT SEMASA TURUN DAN NAIK DAN TIDAK BERTOLAK-TOLAK ATAU BERGURAU DENGAN RAKAN.

4.     JANGAN BERDIRI DI TANGGA, PEGANG PEMEGANG YANG DISEDIAKAN JIKA TERPAKSA BERDIRI.

5.     JANGAN BERGURAU SENDA, BERMAIN, MELAMBAI TANGAN KELUAR, MENGELUARKAN ATAU MENJENGUK KEPALA, MENCAMPAKKAN BARANG KELUAR ATAU PERBUATAN YANG MEMBAHAYAKAN DIRI DAN ORANG LAIN SEMASA DI DALAM KENDERAAN AWAM.

6.     APABILA TIBA DI DESTINASI, TURUN KENDERAAN SETELAH BETUL-BETUL BERHENTI DAN JANGAN BEREBUT ATAU BERTOLAK-TOLAK DAN TERUS MENUJU KE RUMAH ATAU SEKOLAH.

7.     SEKIRANYA PERLU MENYEBERANG JALAN PASTIKAN TIADA KENDERAAN DI KIRI KANAN.

8.     APABILA SAMPAI DI SEKOLAH TURUN DI TEMPAT YANG DITETAPKAN.  BERJALAN MELALUI LALUAN JALAN KAKI MENUJU KE KELAS MASING-MASING.




TATACARA TINDAKAN IBU BAPA/PENJAGA

1.     HADIR KE SEKOLAH SETELAH MENERIMA SURAT ATAU PANGGILAN TELAFON DARI SEKOLAH DENGAN KADAR SEGERA.

2.     PERBINCANGAN DUA HALA DALAM KEADAAN HARMONI.

3.     KESEDIAAN MENANDATANGANI SURAT JAMINAN ATAU AKUJANJI BERTULIS BAHAWA ANAK ATAU ANAK JAGAANNYA AKAN DIBERI AMARAN ATAU MEROTAN JIKA SALAHLAKU BERULANG.

4.     BERSEDIA MEMBERI KEIZINAN KEPADA PIHAK SEKOLAH UNTUK MENGENAKAN TINDAKAN DISIPLIN SALAHLAKU KETIDAKHADIRAN SEKOLAH BERTERUSAN ATAU BERULANG TERMASUK DENDA DAN MEREKOD DALAM SISTEMA SSDM.

5.     SENTIASA MENGHUBUNGI PIHAK SEKOLAH UNTUK MEMANTAU PERKEMBANGAN ANAK ATAU ANAK JAGAANNYA DI SEKOLAH.

6.     KES DIRUJUK KEPADA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING UNTUK SESI KAUNSELING DAN LAPORAN HENDAKLAH DIMAKLUMKAN KEPADA PENJAGA DAN PIHAK SEKOLAH.

7.     KES DISERAHKAN KEPADA GURU DISIPLIN UNTUK PEMANTAUAN DAN PEMERHATIAN.




TATACARA PELAJAR

PERGI DAN BALIK DIHANTAR OLEH PENJAGA


1.    JIKA DIHANTAR OLEH PENJAGA, SILA PASTIKAN PINTU KENDERAAN DITUTUP SEBELUM KENDERAAN BERGERAK.

2.    PAKAI TOPI KELEDAR UNTUK PEMBONCENG MOTOSIKAL DAN TALI PINGGANG KELEDAR UNTUK PENUMPANG KERETA ATAU VAN.

3.    JANGAN BERMAIN/BERGURAU SEMASA KENDERAAN BERGERAK.

4.    PASTIKAN KENDERAAN BETUL-BETUL BERHENTI SEBELUM TURUN ATAU NAIK KENDERAAN TERSEBUT.

5.    JIKA PERLU MELINTAS JALAN, SEMASA TURUN KENDERAAN PANDANG KANAN, KIRI DAN KANAN SEBELUM MELINTAS.












TATACARA IBUBAPA/PENJAGA


1.     MEMASTIKAN KENDERAAN MEMPUNYAI CUKAI JALAN SERTA INSURANS DAN KENDERAAN BERADA DALAM KEADAAN BAIK UNTUK KE SEKOLAH APABILA MENGGUNAKAN KENDERAAN SENDIRI SEPERTI MOTOSIKAL DAN KERETA.

2.     MEMASTIKAN ANAK MEMAKAI TOPI KELEDAR.

3.     HENDAKLAH MENEMANI ANAK MENAIKI BAS, BERJALAN KAKI DALAM KEADAAN HUJAN/SUNYI DAN MENUNGGU KENDERAAN TIBA.

4.     MENGINGATKAN/MENASIHATI ANAK SUPAYA SENTIASA BERWASPADA DENGAN ORANG-ORANG YANG TIDAK DIKENALI DAN BERHATI-HATI SEMASA PERGI DAN BALIK SEKOLAH.

5.     MENGAMBIL TAHU WAKTU ANAK PERGI DAN BALIK SEKOLAH SERTA MENGHUBUNGI PIHAK SEKOLAH SEKIRANYA ANAK LEWAT BALIK.

6.     MEMASTIKAN ANAK MEMAKAI PAKAIAN CERAH ATAU BAHAN REFLEKTIF JIKA BERJALAN DALAM KEADAAN CUACA GELAP/HUJAN.  MEMASTIKAN ANAK BERJALAN SECARA BERKUMPULAN JIKA MELALUI KAWASAN SUNYI/GELAP.

7.     HUBUNGI PIHAK SEKOLAH JIKA ANAK MENDAPAT KEMALANGAN/KECEDERAAN.

8.      MEMASTIKAN ANAK MEMATUHI TATACARA PERGI BALIK SEKOLAH YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK SEKOLAH.


No comments:

Post a Comment