LAMAN UTAMA

Pengurusan FAIL UNIT HEM

Ada seminggu lagi untuk mula cuti sekolah akhir tahun 2017. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Perancangan 2018 perlu siap sebelum sekolah dibuka. Setakat ini perancangan dah hampir siap, selepas tu kena digabungkan dengan Unit Kurikulum dan Kokurikulum agar ianya seiring semasa  berjalan atau berlari. Nanti akan diupdate untuk dikongsi bersama.

Hari ni nak semak fail Induk.

Bilangan fail ni sebenarnya ikut sekolah masing-masing tapi asasnya sama je. Ia mestilah ikut Jawatankuasa yang wujud di sekolah dan mengikut keperluan. Fail yang popular diminta oleh nazir selalunya Fail Induk Jawatankuasa HEM, Perancangan Strategik, Disiplin, Bimbingan Kaunseling, SPBT, RMT, Kantin dan  Data Murid. Ianya pun bergantung kepada tujuan pemantauan nazir berkenaan. Kalau nak memantau SPBT, kena bawalah ke bilik BOSS yang ada 9 fail yang berkaitannya.


Senarai Fail Induk SJK(T) LADANG BUKIT BERTAM, BANDAR SRI SENDAYAN.

SJKTLBB/04/01/001      FAIL JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
                                /1    Carta Organisasi/Jawatankuasa & Senarai Tugas
                                /2    Minit Mesyuarat & Surat Panggilan Mesyuarat
                                /3    Takwim / Perancangan Tahunan
                                /4    Dasar / Garis Panduan & Surat Pekeliling
                                /5    Anggaran Perbelanjaan / Kewangan

SJKTLBB/04/01/002      PERANCANGAN STRATEGIK

SJKTLBB/04/01/003      PEMBANGUNAN PROGRAM SAHSIAH & LAPORAN

SJKTLBB/04/01/004      DISIPLIN & PENGAWAS SEKOLAH

SJKTLBB/04/01/005      BIMBINGAN & KAUNSELING

SJKTLBB/04/01/006      KEBERSIHAN & KECERIAAN

SJKTLBB/04/01/007      KESELAMATAN & KECEMASAN

SJKTLBB/04/01/008      KESIHATAN & RAWATAN

SJKTLBB/04/01/009      KEBAJIKAN & BANTUAN

SJKTLBB/04/01/010      KANTIN

SJKTLBB/04/01/011      RMT & PROGRAM SUSU SEKOLAH

SJKTLBB/04/01/012      SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

SJKTLBB/04/01/013      PERABOT & KEMUDAHAN FIZIKAL

SJKTLBB/04/01/014      DATA MURID (APDM & SSM)

SJKTLBB/04/01/015      LAWATAN & PENANDA ARAS



Kandungan Fail Sisipan dalam Setiap Fail 004 - Fail 015
(Fail rasmi : Fail Kertas berwarna putih)

/1   Takwim/ Perancangan Aktiviti/ Program Tahunan

/2   Carta Organisasi/ Jawatankuasa

/3   Surat Panggilan dan Minit Mesyuarat

/4   Dasar / Garis Panduan & Surat Pekeliling SPI/KPM

/5   Laporan Pemantauan/ Aktiviti

/6   Pelbagai
      (data/maklumat,  senarai nama/barang,  contoh-contoh borang)


Unit Hal Ehwal Murid
SJKT Ladang Bukit Bertam,
Bandar Sri Sendayan, Seremban.

No comments:

Post a Comment